suria

Zizan Mahu Jadi Lebih Baik

KUALA LUMPUR: Pertama kali memenangi anugerah sebagai pengacara kegemaran dalam Shout! Award 2010, yang diadakan pada malam Sabtu lalu, Zizan Raja Lawak mengakui penghargaan tersebut menjadi penanda aras bagi dirinya.

Jelas Zizan, sebagai pendatang baru dalam bidang pengacaraan masih banyak yang perlu dipelajarinya untuk menjadi lebih baik.

“Bagi orang seperti saya, sudah tercalon sahaja bagaikan sudah menang, dan bila diumumkan sebagai pemenang saya sangat terkejut. Semua nama-nama yang tercalon adalah mereka yang mempunyai nama besar.

“Bagaimanapun saya bersyukur dan menganggap anugerah ini sebagai semangat dan penanda aras bagi memajukan diri saya pada masa akan datang,” katanya.

Zizan yang menewaskan pengacara popular, Aznil Nawawi, Awal Ashaari, Ally Iskandar, Daphne Iking dan Golding juga menganggap dirinya masih lagi hijau dan masih memerlukan nasihat daripada mereka yang sudah lama terlibat dalam industri ini.

Tambahnya, kemenangan tersebut tidak bermakna dia sudah boleh mnedabik dada dan meletakkan diri sebaris dengan nama-nama besar dalam bidang pengacaraan.

“Walaupun menang tidak bermakna saya sudah boleh bangga kerana sebaris dengan mereka. Saya rasa masih lagi jauh untuk jadi seperti mereka terutama Pak Nil (Aznil Nawawi).

"Saya masih memerlukan nasihat dan tunjuk ajar dari mereka yang sudah lama dalam bidang ini,” katanya yang ditemui selepas majlis Shout! Award 2010, Sabtu.

Selain itu, ketika ditanya tentang harga bayaran yang akan dikenakan lebih tinggi selepas kemenangan ini, Zizan memberitahu dia tidak pernah memikirkan petkara tersebut.

“Tentang itu, saya tidak terlintas lagi untuk memikirkannya lagi. Saya belum merancang apa-apa lagi, dan saya hanya berharap rezeki selepas ini lebih murah,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain