suria

Soo Wincci ‘Seksa Diri’ Buat Tarian Tiang

Soo Wincci sedang gigih belajar tarian tiang demi menjayakan klip video dan persembahan semasa pelancaran album pertamanya pada Disember ini. - Foto oleh RAYMOND OOI

PENYANYI baru, Soo Wincci, 25, sanggup menyeksa dirinya membuat tarian tiang demi menjayakan klip video album pertamanya yang akan dilancarkan pada Disember ini.

Semasa majlis pelancaran tersebut, Wincci akan membuat persembahan tarian tiang yang dipraktisnya sejak empat bulan lalu di Bobbi’s Pole Studio, Ampang.

Disebabkan baru pertama kali mencuba tarian tiang, banyak kesan lebam pada betis dan pehanya yang putih melepak itu.

“Saya nak persembahkan semua jenis aksi dalam tarian tiang. Tarian ini memerlukan banyak tenaga. Setiap kali saya praktis selama dua jam, saya rasa lembik seperti nak pengsan.

“Walaupun sakit di betis dan peha serta menahan penat, saya terpaksa tahan jua sebab nak pandai buat tarian tiang untuk klip video dan persembahan semasa pelancaran album pada Disember nanti.

“Saya sanggup membeli tiang dari Amerika Syarikat yang berharga RM1,000 untuk berlatih di rumah sebab jarak antara rumah saya di Damansara ke studio di Ampang agak jauh,” katanya kepada mStar Online, Jumaat di Menara Star, Petaling Jaya.

Wincci berkata jurutarinya, Maple Loo menganggap perkara tersebut menjadi kebiasaan bagi sesiapa yang pertama kali mencuba tarian tiang.

Untuk permulaan, setiap penari perlu menahan sakit sedikit ditambah dengan kesan lebam di anggota badan.

Menyentuh tentang albumnya yang memuatkan 10 buah lagu itu, Wincci mencipta lima buah lagu menggunakan bahasa Melayu, Cina dan Inggeris.

Selain itu, artis rakaman di bawah Beyond Artist Management pada hujung tahun lalu itu juga berlakon dalam drama Cina berjudul Injustice di ntv7.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bienda Masih Berahsia

Artikel Lain