suria

Pelakon "Setelah Kau Tiada" Di Rai

Barisan pelakon dan kru "Setelah Kau Tiada" dalam satu majlis berbuka puasa baru-baru ini.
Barisan pelakon dan kru
Barisan pelakon dan kru "Setelah Kau Tiada" dalam satu majlis berbuka puasa baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Para pelakon drama bersiri Setelah Kau Tiada di rai dalam satu majlis berbuka puasa anjuran syarikat produksi Uno Media Sdn. Bhd. di Saloma Bistro di sini minggu lalu.

Majlis serba sederhana itu dihadiri oleh kru dan pelakon drama berkenaan antaranya Intan Azura, Aleeza Shadan, Yus Waisar, Wan Maimunah, Tunku Nurhaniz Tunku Salman dan Nabila Nasir.

Drama 26 episod arahan Jurey Latif Rosley itu dijangka akan disiarkan menerusi saluran RTM penghujung tahun ini.

Menurut Penerbit Eksekutifnya Basree Rakijan, majlis itu diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara pelakon dan kru terlibat selepas hampir sebulan mereka berkampung di Muar, Johor untuk menyiapkan penggambaran.

“Selepas tamat penggambaran sebelum Ramadan lalu, kami merasakan pada bulan mulia ini adalah waktu terbaik untuk kami bertemu semula dalam satu majlis berbuka puasa,” katanya.

Setelah Kau Tiada mengisahkan kesusahan seorang ibu tunggal bernama Maria (lakonan Intan Azura) yang menghadapi kesulitan selepas suaminya meninggal dunia.

Maria yang tinggal di kampung menjadi kegilaan ramai sehinggalah dia jatuh cinta kepada seorang pemuda.

Bagaimanapun apabila datang seorang lelaki yang bekerja sebagai Pegawai Pertanian di kampung tersebut, cinta Maria mula berubah pegawai berkenaan mempunyai wajah mirip bekas suaminya yang telah meninggal dunia.

Konflik hidup Maria pun berlaku apabila dia jatuh hati terhadap pegawai pertanian tersebut.

Selain Intan, pelakon Zed Zaidi juga merupakan teraju utama drama berkenaan,.

Artikel Sebelum

Slash Diiktiraf Di Los Angeles

Artikel Berikut

Artikel Lain