suria

Azlan (The Typewriter) Tangguh Perkahwinan Ke Awal Tahun Depan

Azlan (The Typewriter). - Foto THE STAR Oleh RICKY LAI
Azlan (The Typewriter). - Foto THE STAR Oleh RICKY LAI
Azlan (The Typewriter). - Foto THE STAR Oleh RICKY LAI

PENYANYI bersuara serak-serak basah, Azlan (The Typewriter), 28, yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Normala Hassan, 28, pada November ini akhirnya mengambil keputusan untuk menangguhkannya ke awal tahun depan - Januari atau Februari 2011.

Ketika ditemui di sesi rakaman Ramadan Era TV1 Malaysia di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, Jumaat lalu, Azlan memberitahu, ini kerana masing-masing tengah sibuk.

"Selain itu, sebab ikutkan kehendak hati, barang-barang tak cukup lagi. Tak nak pula bila banyak barang pula, ia akan cenderung kepada pembaziran," katanya kepada mStar Online.

Pasangan itu bercadang untuk membuat satu majlis perkahwinan bersama secara sederhana di Johor kelak.

Ditanya sama ada dia berasa kecewa bila tarikh perkahwinan terpaksa ditangguhkan, Azlan berkata, dia sebenarnya berasa lega.

Katanya, ini kerana dia dapat membuat perancangan serta persediaan rapi untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun depan.

Dalam pada itu, Azlan menolak gosip dia bergaduh dengan ibu bapa mertua, dan perhubungannya dengan tunang sedang berantakan.

Sambil menyifatkan sebarang pertikaian oleh sesuatu pasangan itu sebagai normal, Azlan berkata, tidak ada apa-apa yang sempurna.

"Biasalah itu. Sedangkan lidah lagi tergigit. Manusia tidak akan sempurna. Sekiranya semua individu sempurna, tidak akan berlaku kucar-kacir," katanya yang telah menjalani kursus perkahwinan pada bulan puasa tahun lalu di Setiawangsa.

Sementara itu, Azlan menambah, persiapan perkahwinan kini tinggal 20 peratus sahaja.

Azlan telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hatinya, Normala Hassan, pada Julai 2009.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain