suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie Tak Hormat Ibu Bapa Brad Pitt

AKTRES Hollywood Angelina Jolie dikhabarkan telah mencetuskan kemarahan ayah dan ibu Brad Pitt.

Kemarahan itu disebabkan Jolie terlalu sibuk bekerja dan jarang menghabiskan waktu bersama anak-anaknya.

Seorang sumber memberitahu kedua-dua orang tua Pitt, tidak mahu berkomunikasi dengan Jolie selama berbulan-bulan.

"Ayah dan Ibu Pitt seperti tidak mahu berurusan dengan dia lagi dan beberapa orang anggota keluarga Pitt juga sangat prihatin dengan sikap Jolie yang tidak memandang serius perkara itu. Mereka bimbang masa depan Brad bersama Jolie," kata sumber tersebut.

Pada awal tahun lalu, Jolie menolak untuk berkunjung ke rumah ibu bapa Pitt bagi meraikan ulang tahun salah seorang ahli keluarganya.

"Ketika itu Pitt sangat marah dan orang tuanya sangat kecewa. Mereka sudah menunggu lama kunjungan Pitt dan anak-anaknya tetapi hampa.

"Jolie dan Pitt dikatakan hanya ingin menghabiskan waktu bersama anak-anak tanpa campur tangan orang lain. Orang tua Pitt seperti menerima tamparan hebat dari Jolie," kata sumber tersebut.

Khabarnya, Pitt juga telah menasihatkan Jolie bahawa hal tersebut tidak boleh diterima dan menyuruh Jolie lebih menghormati keluarganya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain