suria

Konsert Hujan & Bunkface Malam Ini & Esok

Kumpulan Hujan
Kumpulan Hujan
Kumpulan Hujan

SEBUAH konsert sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 yang bakal menggabungkan dua band indie popular iaitu Hujan dan Bunkface hari ini dan esok.

Konsert Hujan dengan Bunkface bakal menggegarkan KL Life Centre kria-kira pukul 8.30 malam.

Konsert yang berkonsepkan 'battle of the band' di mana kumpulan Hujan dan Bunkface akan membuat persembahan secara berselang-seli ini adalah anjuran bersama Persatuan Warga Cinta Negara (Pecinta) dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) serta ditaja oleh Pujangga Kreatif Sdn Bhd.

Hujan akan menyampaikan lagu-lagu popular seperti 'Pagi Yang Gelap', 'Jiwa Kelajuan', 'Dugaannya', 'Bila Aku Sudah Tiada' dan 'Aku Skandal'.

Kumpulan Bunkface pula akan membuat persembahan dengan lagu-lagu hit seperti >'Ekstravaganza', 'Revolusi', 'Prom Queen, 'Situasi' dan 'Silly Lily',.

Mereka juga akan menyanyikan beberapa buah lagu secara berkolaborasi.

Artikel Sebelum

Seniman Harap Bantuan

Artikel Berikut

Artikel Lain