suria

Album Baru Tampil Anita Lebih Hebat

Anita menerima penghargaan daripada Ketua Pengarah JKKN Datuk Norliza Rofli sempena majlis pelancaran Cinta Anita di KL Life Centre, Kuala Lumpur semalam. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

BIARPUN usianya telah melangkau hampir 60 tahun, penyanyi tersohor Anita Sarawak tidak pernah mengenal erti puas dan jemu untuk bergelar seorang penghibur.

Bakatnya sebagai penghibur memang tidak perlu dipersoalkan lagi. Dia yang terkenal dengan persembahan penuh energetik itu akui sentiasa belajar dan terus belajar tanpa henti.

Malah susuk tubuhnya juga masih menawan ditambah pula dengan wajahnya yang sentiasa ceria memberikan kelainan kepada penampilannya sebagai seorang artis veteran.

"Saya tidak pernah bermimpi untuk bersara daripada industri ini," kata Anita semasa majlis pelancaran album terbarunya berjudul Cinta Anita di KL Life Centre, Kuala Lumpur semalam.

Cinta Anita menampilkan 16 buah lagu kompilasi dan cekera padat video (vcd) mtv karaoke untuk lima buah lagu termasuklah dua buah lagu baru iaitu Asmara 2010 dan Maafkan.

Menariknya mengenai album berharga RM25 itu, coretan biografi Anita yang nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib itu turut disertakan bersama.

Ianya menceritakan tentang latar belakangnya, penglibatannya dalam bidang muzik, keluarga, kekuatan aura dan nilai eksklusifnya serta kerja amal yang dilakukan hasil nukilan peminat setianya, Mohamad Fauzi Omar.

“Saya amat teruja dan terharu dengan apa yang dilakukan oleh Fauzi Omar. Dia sangat taksub dengan saya sehingga lebih tahu dengan mendalam tentang saya.

“Semua gambar yang dimuatkan dalam album itu juga merupakan koleksi daripada Fauzi,” ujarnya.

Anak kepada pasangan pelakon veteran Datuk S. Roomainoor dan Siput Sarawak itu telah melancarkan album tersebut di Singapura pada bulan lalu.

Pada September depan, album itu akan dilancarkan di Indonesia pula sebelum dia merancang untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat dan Jepun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain