suria

Kes Video Lucah : Ariel Serah Diri

VOKALIS Peterpan, Ariel menyerah diri di Ibu Pejabat Polis di Jakarta pada pukul 3 petang semalam untuk membantu pihak polis melancarkan siasatan berhubung penyebaran dua video lucah membabitkan dua artis wanita.

Kehadirannya di balai polis tersebut adalah atas kesedarannya tanpa ada paksaaan dari mana-mana pihak.

Peguam mewakili Ariel, Alfrian Bonjol memberitahu kepada pihak media bahawa tiada surat arahan atau paksaan daripada mana-mana pihak yang menyuruh penyanyi popular itu pergi ke Ibu Pejabat Polis Indonesia.

Tambahnya lagi, Ariel datang ke sana untuk menyerah diri bagi membolehkan pemeriksaan terhadapnya dibuat.

Dia ditahan kerana dituduh melanggar peraturan pornografi negara tersebut.

"Saya baru tahu tentang tuduhan yang hendak dijatuhkan namun belum mendapat maklumat terperinci tentang alasan yang akan dikenakan," jelasnya seperti dipetik Kapanlagi.com.

Menurut peguamnya lagi, Ariel agak kepenatan akibat menguruskan banyak hal mengikut prosuder yang ditetapkan oleh pihak polis negara itu.

Manakala ketika ditanya tentang status Luna Maya, Alfrian menegaskan bahawa sehingga kini status kekasih Ariel tersebut masih belum berubah.

"Dia masih saksi," jelasnya sambil meminta diri untuk berjumpa Ariel.

Selain Luna Maya, Ariel turut dikatakan merakamkan adegan seks dengan bekas teman wanitanya, Cut Tari dalam kejadian berasingan.

Akibat tuduhan itu Ariel yang merupakan vokalis Peterpan digelar "Peterporn".

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain