suria

Natalie Imbruglia Jadi Juri Oz X Factor

PENYANYI Natalie Imbruglia telah menerima tawaran menjadi juri dalam program realiti X Factor versi Australia.

Imbruglia menjadi terkenal pada awal 1990-an selepas membintangi drama lipur lara terkenal dari Australia berjudul Neighbours.

Bagaimanapun, dia kemudian meninggalkan dunia lakonan untuk memulakan kerjaya muziknya.

Dia terkenal di seluruh dunia dengan album Torn dan sejak itu, mengeluarkan empat album.

Sekarang, menurut laporan media, Imbruglia mengesahkan dia akan menjadi mentor dan hakim kepada rancangan nyanyian popular Simon Cowel bagi musim kedua tidak lama lagi.

"Akhirnya, saya boleh berkongsi berita gembira. Saya dilantik menjadi juri Oz X Factor. Saya begitu teruja. Saya tidak sabar untuk memulakan program itu," coretnya pada laman sosial Twitter.com, baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain