suria

Katy Perry Ungguli Wanita Terpanas 2010

SEKSI dan berbakat adalah gambaran yang tepat ditujukan kepada penyanyi Katy Perry. Jadi, tidak hairan sekiranya penyanyi lagu I Kissed a Girl itu kini dinobatkan sebagai Wanita Terpanas 2010.

Menurut Aceshowbiz semalam, Katy yang kini berusia 25 tahun, mengungguli kedudukan teratas 100 Terpanas Maxim di Amerika Syarikat. Katy juga berjaya menandingi bintang Transformers, Megan Fox.

Maxim memilih Katy kerana keperibadiannya dan bakatnya sebagai seorang penyanyi. Menurut majalah untuk lelaki dewasa itu, Katy merupakan salah seorang perempuan yang sangat tabah dan kariernya sangat bersinar tahun ini.

Katheryn Elizabeth Hudson lahir pada 25 Oktober 1984 di Santa Barbara, California, Amerika Syarikat. Pada 2007, Katy mula popular di kalangan pelayar Internet menerusi Ur So Gay. Baru-baru ini, dia melancarkan I Kissed a Girl, single yang terus melonjakkan namanya.

Sementara itu, selain Katy dan Megan Fox, antara artis lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah model bikini Brooklyn Decker, Zoe Saldana, Blake Lively, Rihanna, Elisabetta Canalis, Olivia Munn dan Kim Kardashian.

Artikel Lain