BINTANG dari Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan dia membahayakan diri melakukan aksi ngeri untuk menarik hati anak-anaknya.
Jolie dimasukkan ke hospital selepas terjatuh pada kepalanya semasa penggambaran satu babak aksi menggerunkan untuk filem Salt.
Walaupun mengalami kemalangan tersebut, dia enggan mengupah pengganti untuk melakukan aksi ngeri tersebut.
"Saya berasa terdorong untuk melakukan aksi ngeri kerana anak-anak saya menyukainya.
"Saya suka melakukan aksi ngeri dan akan terus berbuat demikian, sekiranya terdaya," media memetik aktres itu sebagai berkata.


