suria

Syahrini Membawa Berkat Dalam Hidup Saya- Anang

PENYANYI dan komposer terkenal Indonesia, Anang Hermansyah bersyukur kerana boleh mendapatkan Syahrini sebagai pasangan duetnya. Kata Anang, Syahrini banyak membawa kerberkatan dalam hidupnya.

"Saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Syahrini kerana banyak memberikan keberkatan dalam hidup saya," ujarnya kepada detikhot ketika ditemui di Dahsyat, RCTI, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, semalam.

Sehingga saat ini, bekas suami Krisdayanti itu berpuas hati dengan Syahrini lebih-lebih lagi lagu duetnya dengan wanita berusia 27 tahun itu diterima baik oleh penggemar muzik.

Anang dan Syahrini mula berduet menerusi lagu Jangan Memilih Aku. Kini single terbaru mereka berjudul Cinta Terakhir sudah diedarkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain