Radja Tidak Akan Bubar Selagi Ada Ian Kasela - Hiburan | mStar

Radja Tidak Akan Bubar Selagi Ada Ian Kasela

Ian Kasela (dua dari kanan) bersama anggota Radja yang lain.
Ian Kasela (dua dari kanan) bersama anggota Radja yang lain.

MESKIPUN Seno (drum) dan Indra (bass) meninggalkan band Radja, namun band yang hits dengan lagu Jujur itu tidak akan dibubarkan.

"Selagi vokalis Radja adalah Ian Kasela, Radja tetap akan bertahan," ujar gitaris Moldy kepada detikhot ketika ditemui di FX Music semalam.

Bagi membuktikan yang Radja tetap kukuh, Moldy dan Ian berangkat ke Malaysia untuk menjayakan konsert Sukses Muzik Fiesta di Tempat Letak Kereta A, Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2 Mei ini, pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.

Sehingga saat ini, Radja belum menemui anggota baru. Jadi, Moldy dan Ian membuka peluang kepada mereka yang ingin menyertai kumpulan tersebut.

"Jika ada yang tertarik, kriteria yang penting adalah lelaki," tutur Ian.

Ian sekali lagi menegaskan Radja tidak akan dibubarkan meskipun hanya tinggal dua anggota. Dia meminta kepada para peminatnya supaya tidak risau dengan band yang popular dengan lagu Aku Ada Karena Kau Ada itu.

"Radja masih tetap ada dan akan keluar dengan album terbaru serta lagu baru," tegasnya.

Selain Radja, saksikan juga kehebatan band Slank, penyanyi Iwan Fals, penyanyi Mulan Jameela, band The Rock Indonesia dan band Monata serta penampilan istimewa penyanyi Ella dan band Jinbara.

Tiket berharga RM20 boleh didapati di Al-Ikhsan (Bukit Bintang Plaza, Alamanda Putrajaya dan Wangsa Maju) dan Rock Corner (Mid Valley Megamall, Subang Parade, The Curve, One Utama, Bangsar Village, The Gardens dan Pertama Complex) atau hubungi 019-6933462/ 013-3033660.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain