suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Carissa Puteri Terpaksa Tangguh Cuti Kerana 'Si Boy'

AKTRES Carissa Puteri harus menunda rancangannya untuk berlibur kerana sibuk dengan filem Catatan Si Boy.

"Saya terpaksa menunda untuk bercuti dulu," kata bintang filem Ayat-Ayat Cinta itu ketika ditemui di majlis Catatan Si Boy kepada detikhot di Pacific Place, Jakarta semalam.

Pertengahan tahun ini, Carissa akan menjalani penggambaran filem tersebut di mana watak Si Boy tetap akan dilakonkan oleh pelakon Onky Alexander.

Sementara Carissa akan menjadi salah seorang pelakon baru dalam filem itu. Namun wanita berusia 25 tahun itu terpaksa merahsiakan wataknya.

Carissa mengaku sangta bangga apabila terlibat dengan penggambaran filem yang digemari oleh peminat filem-filem Si Boy.

"Saya mengikuti filem Catatan Si Boy dari musim pertama sehingga kelima," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain