suria

Persembahan Wayang Kulit, 'Bunga Cempaka Rindu Malam' Di Aswara

Gambar hiasan wayang kulit. - Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF
Gambar hiasan wayang kulit. - Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF
Gambar hiasan wayang kulit. - Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF

PERSEMBAHAN wayang kulit “Bunga Cempaka Rindu Malam” membawakan kisah di mana pada suatu malam Raja Seri Rama telah bermimpi dia didatangi oleh “orang tua”.

Orang tua itu memberitahu, kewujudan sekuntum Bunga Cempaka Rindu Malam yang merupakan sekuntum bunga berkeajaiban yang luar biasa.

Pada keesokan harinya Raja Seri Rama menitahkan pengasuhnya iaitu Wak Long dan Pak Dogol menghadap dirinya di Balai Rong Seri.

Wak Long dan Pak Dogol telah dititahkan untuk mencari seorang yang arif agar dapat mentafsir mimpi baginda.

Wak long dan Pak Dogol menyatakan bahawa orang yang mampu mentafsir mimpi ialah Mah Babu Sianang.

Maka Mah Babu Sianang dititah masuk menghadap Raja Seri Rama lalu Mah Babu Sianang membuka surat ahli nujum ke tujuh, dan terhurailah segala-galanya.

Ia ditulis oleh Pak Nasir Adi Guru Wayang Kulit. Untuk mengetahui cerita selanjutnya, tontonilah cerita ini di Menara Kuala Lumpur pada 4-7 Mei 2010, 8.30 malam.

Artikel Lain