suria

Deep Purple Kembali Ke Malaysia Selepas 9 Tahun

PETALING JAYA: Lagenda Rock Britain, Deep Purple bakal mengadakan konsert di Arena of Stars, Genting Highland bersempena siri jelajah Asia/Australia 2010 mereka pada 16 Mei depan.

Dengan rekod penjualan album melebihi 100 juta unit, Deep Purple yang dinobatkan sebagai salah sebuah kumpulan rock termasyhur kali terakhir berkunjung ke Malaysia pada tahun 2001.

Sebelum itu, Deep Purple juga pernah tampil dengan sebuah konsert di Stadium Shah Alam (1999). Kumpulan yang pertama kali singgah ke Kuala Lumpur pada tahun 1982 ini dijangka mengalunkan lagu-lagu hit klasik mereka termasuk Highway Star, Space Truckin, Lazy, Black Night, Hush dan Smoke on the Water pada konsert mereka kali ini.

Deep Purple yang ditubuhkan pada tahun 1968 dianggotai pemain keyboard dan organ Don Airey, 61, vokalis Ian Gillan, 64, pemain bass Roger Glover, 64, gitaris Steve Morse, 55 dan pemain drum Ian Paice, 61.

Konsert ini dibawakan khas oleh ZI Production dengan kerjasama Resort World Genting dan Genting Worldcard. Tiket-tiket berharga RM468, RM368, RM268 dan RM168 mula dijual pada 22 Mac ini. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-2718 1118.

Artikel Lain