suria

Astro Raih Undi AF8 Dari Sabah & Sarawak

PROGRAM realiti TV Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) telah mengumumkan 12 orang pelajar yang terpilih untuk musim ini. Mereka yang terdiri daripada enam perempuan dan enam lelaki sebahagian besarnya datang dari Sabah dan Sarawak.

Ujibakat yang dijalankan pada Januari lalu telah memilih enam pelajar dari Malaysia Timur iaitu empat pelajar perempuan dari negeri Sabah, Nadiawati Ainul Basir, 23; Dayang Nor Anum Arjuna Aharun, 19; Erma Suhaimi, 21 dan Siti Adira Suhaimi, 19.

Sementara itu, dua pelajar lelaki Zafarina Jamhari, 28, dan Muhd Shahril Firdaus El, 22, pula berasal dari Sarawak.

Pemilihan lebih ramai pelajar dari Borneo telah menimbulkan persoalan terhadap pihak Astro seperti ingin meraih undi daripada negeri yang dikatakan masih taksub dengan program tersebut.

Fitnah Nabil - Irma Khalwat

SELEPAS kontroversi saman berjumlah RM2 juta menimpa pelakon komedi Ahmad Nabil Ahmad, dia kini berhadapan pula dengan isu berkhalwat dengan kekasihnya, aktres Irma Hasmie.

Menurut laporan sebuah akhbar, Nabil dan Irma menafikan mereka berkhalwat selepas didakwa sering dilihat bersama di apartmen Irma di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Ketika meminta pengesahan perkara tersebut kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), mereka mengakui tiada rekod khalwat membabitkan pasangan itu. Ternyata ia hanya fitnah semata-mata.

Selepas Kekasihnya, Giliran Ammar Pula Minta Maaf

PELAKON drama Tari Tirana itu memohon maaf berhubung ugutan bunuh wartawan hiburan di laman sosial Facebook selepas lebih sebulan mendiamkan diri.

Ammar meminta bantuan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) melalui aktor Zed Zaidi selaku Biro Seniman Muda agar isu tersebut diselesaikan secara damai.

Seniman telah memberi kaunseling sehingga dia bersetuju untuk membuat pengakuan maaf secara terbuka dalam sebuah sidang media khas yang dianjurkan oleh Seniman di PWTC, Jumaat lalu.

Jejaka berusia 22 tahun itu juga berkata bahawa dia terpaksa berbuat demikian atas alasan tersendiri.

Artikel Lain