suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aamir Khan Boleh Jadi Menteri Kewangan Yang Baik - Anu Malik

INFLASI berlaku di mana-mana dan harapan orang ramai di India cukup tinggi.

Menurut Raja Muzik dan juga penulis lirik terkenal Bollywood, Anu Malik, tidak ketinggalan.

"Saya rasa kita patut ucapkan selamat tinggal pada inflasi. Kita perlu lakukan sesuatu dengan cepat. Diharapkan selepas belanjawan diumumkan, inflasi akan turun," kata Anu.

Ketika dikuiz, siapakah yang paling layak mengambil tempat menjadi menteri kewangan, Anu berkata, "Untuk menjadi seorang Menteri Kewangan memerlukan seseorang mempunyai kelayakan tertentu.

"Dan saya rasa, tidak ada satu orang pun dalam filem industri mempunyai kelayakan sebegitu kerana kita dalam bidang kreatif.

"Tapi saya rasa Aamir boleh jadi menteri kewangan yang baik kerana dia adalah seorang yang praktikal dan adil.

"Dan saya rasa sesiapa yang boleh mengimbangi aset boleh uruskan kewangan," kata Anu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain