Angelina Jolie Berpendapatan Tertinggi Kalahkan Jennifer Aniston - Hiburan | mStar

Angelina Jolie Berpendapatan Tertinggi Kalahkan Jennifer Aniston

AKTRES jelita, Angelina Jolie sekali lagi menewaskan bekas isteri Brad Pitt, Jennifer Aniston. Kali ini berkenaan pendapatan terbesar selama setahun. Dalam daftar 40 yang dibuat majalah Vanity Fair dipetik dari Splash News, Jolie menduduki tempat 32.

Pendapatan Jolie tahun lalu mencapai US$21 juta, dengan US$20 juta diperolehi dari filem terbarunya Salt yang akan ditayangkan pada Julai ini dan US$ 1 juta dari royalti filem sebelumnya.

Manakala, Jennifer Aniston menduduki tempat yang tidak jauh di bawahnya iaitu di tangga ke 33 dalam daftar, dengan pendapatan US$ 20, masing-masing US$8 juta dari filem The Bouty Hunter dan The Baster serta royalti dari filem Marley Me US$3 juta dan filem He's Just Not That Into You US$ 1 juta.

Namun dua wanita Brad Pitt ini lebih mendahulunya yang hanya menduduki tempat terakhir dengan pendapatan US$13,5 juta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ashton Kutcher Benci Hari 'Valentine'

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Yun Peng anak baik, dengar kata...