suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cheryl Cole Tutup Bibir Elak Isu Bedah Bibir

ADA yang berbeza dari segi penampilan penyanyi Cheryl Cole. Bibirnya kelihatan lebih tebal berbanding sebelum ini sehingga ramai yang menduga dirinya telah melakukan pembedahan plastik.

Ketika ditemui di Kota London, bentuk bibir Cherly menarik perhatian para paparazi dan bertanya kepada isteri pemain bola Ashley Cole itu sama ada wanita itu melakukan suntikan kolagen pada bibirnya.

“Tentu saja tidak!,” tegas Cheryl kepada Dailymail, kelmarin.

Jawapan itu masih menimbulkan curiga di kalangan para paparazi kerana biasanya Cheryl tampil dengan bentuk bibir tipis namun sekarang bibirnya lebih merekah.

Ekoran rasa rimas dengan pentanyaan wartawan, Cheryl berjalan sambil menutupi bibirnya. Bukan sekali ini saja, Cheryl juga diburu pertanyaan mengenai penampilannya.

Sebelum ini, dia pernah menafikan menggunakan rambut sambung. Padahal ketika itu dia masih menjadi model iklan rawatan rambut L’Oreal Professional.

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia