Kematian Casey Pulihkan Semula Hubungan Paris, Nicole - Hiburan | mStar

Kematian Casey Pulihkan Semula Hubungan Paris, Nicole

Kematian Casey Johnson awal bulan ini telah merapatkan semula hubungan persahabatan antara Paris Hilton dan Nicole Richie - foto REUTERS
Kematian Casey Johnson awal bulan ini telah merapatkan semula hubungan persahabatan antara Paris Hilton dan Nicole Richie - foto REUTERS

KEMATIAN waris Johnson & Johnson, Casey Johnson awal bulan ini telah merapatkan semula hubungan persahabatan antara Paris Hilton dan Nicole Richie.

Kedua-dua selebriti itu berkawan baik dengan Johnson sejak kecil lagi. Namun, Hilton dan Richie tidak bercakap antara satu sama lain lagi sejak berselisih faham pada tahun 2005.

Kematian Johnson bagaimanapun telah membuatkan kedua-duanya mengetepikan masalah mereka dan cuba untuk berbaik semula.

"Casey pasti gembira kerana tragedi yang menimpanya bagaimanapun telah merapatkan semua hubungan Hilton dan Richie. Seperti orang lain, rakan-rakan memang sering bertengkar. Tetapi akhirnya, mereka tetap menyanyangi antara satu sama lain," kata sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lady Gaga Pengsan Sebelum Persembahan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Kabinet akan dirombak

Luiz dedah punca pindah ke Arsenal