suria

Christina Aguilera Berlakon Pula

Christina Aguilera bakal berlakon bersama idolanya penyanyi dan pelakon, Cher dalam Burlesque
Christina Aguilera bakal berlakon bersama idolanya penyanyi dan pelakon, Cher dalam Burlesque
Christina Aguilera bakal berlakon bersama idolanya penyanyi dan pelakon, Cher dalam Burlesque

BINTANG Pop, Christina Aguilera baru-baru ini dikhabarkan bakal melebarkan bakat seninya ke dalam bidang lakonan pula.

Penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Genie In The Bottle itu bersetuju untuk berlakon filem apabila mengetahui filem itu turut dibintangi oleh bintang idolanya yang juga pemenang Anugerah Academy, Cher.

Memetik laporan thesun.co.uk, Aguilera akan muncul di dalam filem berjudul Burlesque sebagai seorang gadis pedalaman yang berpindah ke Los Angeles demi mengejar impiannya untuk bergelar seorang bintang filem.

Namun, nasib tidak menyebelahinya dan akhirnya dia terpaksa bekerja sebagai penari bogel di sebuah kelab hiburan.

Difahamkan, Aguilera teruja menerima tawaran itu sejurus mengetahui idolanya, Cher turut membintangi filem tersebut.

Artikel Lain