suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Lucah Jepun Gantikan Luna Maya

AKTRES dan pengacara Luna Maya pernah dilamar oleh produser ‘Suster Keramas’, sebelum tempatnya itu akhirnya diganti oleh pelakon lucah yang berasal dari Jepun, Rin Sakuragi sebagai pelakon utama. Luna menolak tawaran itu atas alasan bayaran.

“Luna Maya meminta bayaran tinggi dan kami tidak sanggup untuk menunaikan permintaannya,” kata produser ‘Suster Keramas’, Odi Mulya Hidayat.

Odi mengaku, kontrak Rin bernilai tidak lebih dari jumlah yang dibayar kepada Tamara Bleszynki menerusi filem ‘Air Terjun Pengantin’.

Apabila Luna Maya tidak jadi berlakon dalam ‘Suster Keramas’, Maxima Pictures sukar mencari pengganti.

“Kami susah menari artis tempatan lain. Selepas itu, kami ke Korea dan akhirnya ke Jepun,” ulas Odi.

Setelah mendapatkan Rin Sakuragi pada saat-saat akhir sebagai pelakon utama ‘Suster Keramas’, Odi bagaimanapun enggan menghebahkan kepada media.

Dia sengaja tidak mahu terlalu mendedahkan Rin bagi mengelakkan komen negatif daripada masyarakat.

”Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali’ selepas Maria Ozawa menolak tawaran itu dulu,” tutur Odi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain