suria

Soccer Kids Tumpaskan Junior Soccer Singapore!

Soccer Kids menampilkan barisan pemain kanak-kanak di bawah 12 tahun yang telah dipilih melalui sesi ujibakat yang telah diadakan di seluruh negara bermula Oktober 2009 yang lalu
Soccer Kids menampilkan barisan pemain kanak-kanak di bawah 12 tahun yang telah dipilih melalui sesi ujibakat yang telah diadakan di seluruh negara bermula Oktober 2009 yang lalu
Soccer Kids menampilkan barisan pemain kanak-kanak di bawah 12 tahun yang telah dipilih melalui sesi ujibakat yang telah diadakan di seluruh negara bermula Oktober 2009 yang lalu

KEMENANGAN bersejarah pasukan bolaspeak Malaysia di Sukan SEA Vientiene minggu lepas sudah pastinya menyemarakkan lagi semangat para peminat sukan popular ini!

Bahang demam bolasepak tanahair terus dihangatkan lagi dengan kemunculan program realiti kanak-kanak, Soccer Kids, terbitan TV3 yang kini kembali untuk musim barunya mulai 27 Disember 2009, setiap hari Ahad, jam 7malam.

Soccer Kids bakal mencetus satu fenomena televisyen baru, terutamanya di kalangan kanak-kanak kerana ia berkonsepkan rancangan realiti yang mencungkil bakat-bakat muda di arena sukan bola sepak Negara.

Mengekalkan konsep musim pertamanya, Soccer Kids menampilkan barisan pemain kanak-kanak di bawah 12 tahun yang telah dipilih melalui sesi ujibakat yang telah diadakan di seluruh negara bermula Oktober 2009 yang lalu. Musim kedua melihat penyertaan para peserta yang dipilih melalui sesi ujibakat yang diadakan di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan dan Kuala Lumpur di bawah pengawasan pegawai dan jurulatih FAM yang berkaliber.

Seramai 24 calon telah disenarai pendek untuk menyertai program latihan intensif kelolaan FAM untuk persediaan fizikal dan minda sebelum 16 terbaik disaring ke pemilihan terakhir bagi membentuk skuad Soccer Kids musim kedua.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Soccer Kids bukanlah sekadar rancangan realiti untuk kanak-kanak semata-mata.

Selain daripada elemen hiburan dan sukan yang ditonjolkan, para penonton yang terdiri daripada peringkat umur dan pelbagai minat juga dapat melihat pendedahan tentang segala aspek bola sepak; kemahiran asas, keupayaan tahap kecergasan, faktor pemakanan, faktor kesihatan, team player, kemahiran individu, koordinasi, dan situasi permainan di mana ianya boleh dijadikan pedoman kepada para penonton.”

”Penonton yang mengikuti rancangan ini pasti akan teruja melihat aksi-aksi dan keletah pemain cilik yang telah terpilih malah akan turut sama merasai suka-duka pengalaman mereka berkenalan dan bersahabat setelah berjauhan dengan keluarga masing-masing.

Ikuti juga jejak usaha dan penat-lelah mereka berjuang untuk menjadi pemain yang terbaik yang mampu mengharumkan nama Malaysia apabila hanya 16 orang pemain sahaja yang dicarum bagi menentang pasukan kelab antarabangsa bawah 12 tahun dari negara jiran, Junior Soccer Singapore.”

”Mohd Kamil Ismail, Mohd Nazrul Naim, Mohd Nazrul Najmi dan Mohd Amirul Muhammad. Inilah di antara nama-nama yang dijangka akan meniti di bibir peminat-peminat bola sepak negara apabila berakhirnya musim Soccer Kids nanti. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bintang-bintang muda ini beraksi dan anda akan terpegun dengan bakat-bakat yang ditonjolkan,” tambah Dato’ Sri Farid.

Acara kemuncak Soccer Kids ialah perlawanan antara finalis Soccer Kids bertemu dengan pasukan Junior Soccer Singapore yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) jam 5.00 petang semalam.

Perlawanan persahabatan ini berakhir dengan kemenangan besar untuk pasukan kita apabila Soccer Kids menunjukkan prestasi cemerlang menumpaskan pasukan lawan dengan gol berbalas 11 – 0!

Selain daripada trofi kemenangan, Mohd Kamil Ismail (12 tahun) pemain cilik berbakat besar pasukan Soccer Kids berjaya menambat hati pengadil dan panel juri apabila dipilih sebagai Pemain Harapan Soccer Kids Musim Kedua.

Manakala rakan sepasukan, Mohd Nazrul Naim Md. Noor (12 tahun) pula merangkul gelaran Pemain Terbaik Soccer Kids Musim Kedua.

Masing-masing menerima wang tunai RM3,000 dan lagi ganjaran istimewa, kedua pemain bakal diterbangkan ke West Ham United (UK) untuk mengikuti sesi latihan selama 2 minggu pada bulan Julai nanti.

Ketika ditemui Pengurus Kumpulan Penjenamaan Kanak-Kanak Media Prima Berhad selaku Pengurus Projek Soccer Kids, Feisal Malik berkata, “Kami sangat gembira dengan kejayaan besar pasukan Soccer Kids musim kedua ini.

Sememangnya kesemua pemain yang beraksi pada hari ini menunjukkan bakat dan prestasi yang membanggakan berdasarkan latihan yang diberikan sepanjang program ini bermula.

Jika dilihat, program akar umbi dari peringkat kanak-kanak amat berkurangan dan amat mustahil bagi kanak-kanak ingin menonjolkan bakat yang ada. TV3 mahu menjadikan ilham itu sebagai satu kenyataan lalu terbitlah program Soccer Kids ini.

Dalam masa yang sama ianya sebagai satu langkah membantu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam melatih pemain-pemain muda berkaliber Malaysia yang bakal melakar sejarah dengan tanggungjawab yang digalas.”

Selain daripada perlawanan persahabatan yang berlangsung pada petang semalam, acara kemuncak turut dijayakan dengan Karnival Sukan Keluarga KBS yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat bermula dari pagi di stadium MBPJ.

MyTV3 Rovers turut beraksi bersama para pengunjung. Beberapa baju eksklusif jersi Soccer Kids juga dihadiahkan kepada pengunjung yang bertuah.

Jangan lupa saksikan Soccer Kids selama 13 episod mulai 27 Disember 2009, setiap hari Ahad jam 7.00 malam, tentunya di TV3!

Artikel Sebelum

Artikel Lain