suria

'Twilight: New Moon' Cinta Pontianak Yang Mengasyikkan

Berbeza dengan siri pertama, sekuel kedua siri 'Twilight' ini mengajak penonton merasa keperitan cinta terhalang dan bagaimana pengorbanan sepasang kekasih ini berlarutan hingga ke separuh filem ini berlangsung.
Berbeza dengan siri pertama, sekuel kedua siri 'Twilight' ini mengajak penonton merasa keperitan cinta terhalang dan bagaimana pengorbanan sepasang kekasih ini berlarutan hingga ke separuh filem ini berlangsung.
Berbeza dengan siri pertama, sekuel kedua siri 'Twilight' ini mengajak penonton merasa keperitan cinta terhalang dan bagaimana pengorbanan sepasang kekasih ini berlarutan hingga ke separuh filem ini berlangsung.

BILA kita meletakkan harapan tinggi pada sesuatu filem, belum tentu lagi filem itu akan memberikan impak yang diharapkan. Selalunya, jangkaan dan penilaian awal disebabkan tingginya harapan itu sedikit sebanyak akan membuat kita sedikit kecewa apabila filem itu tidak seperti yang diharapkan.

Mujurlah perumpamaan 'indah khabar dari rupa' tidak berlaku kepada 'The Twilight Saga: New Moon', sekuel filem 'Twilight'. Rata-rata, ramai yang memberi 'ulasan' spontan secara verbal yang memihak kepada filem ini, meskipun filem itu belum ditonton lagi.

Ternyata penantian setengah jam untuk mendapatkan tiket filem ini di malam hari raya haji baru-baru ini memang berbaloi.

Sambungan filem 'Twilight' diteruskan dengan 'The Twilight Saga: New Moon' di mana babak pertama menyaksikan Bella Swan (Kristen Stewart) merayakan ulang tahunnya ke-18. Sejurus kemudian, Edward Cullen (Robert Pattinson) dan keluarganya terpaksa pergi meninggalkan kota Forks, Washington, dalam usaha melindungi kekasihnya dari bahaya.

Dan itulah harga pengorbanan yang menjadi titik tolak cerita 'Twilight: New Moon'.

Berbeza dengan siri pertama, sekuel kedua siri 'Twilight' ini mengajak penonton merasa keperitan cinta terhalang dan bagaimana pengorbanan sepasang kekasih ini berlarutan hingga ke separuh filem ini berlangsung. Meskipun Edward pernah berjanji akan terus bersama dan melindungi Bella, namun Edward terpaksa pergi jauh. Perlindungan yang dituntut itu terpaksa dibayar dengan harga sebuah perpisahan.

Segala risiko dan pemberontakan jiwa yang melanda Bella untuk melupakan Edward menjadikan filem ini agak berbeza dari filem pertama.

Permainan emosi cukup indah dari segi eksploitasi mainan perasaan dan pengarah Chris Weitz bijak menghidupkan dua karektor - Bella dan Edward sepenuhnya.

Keinginan Bella untuk bersama Edward mampu dilupakan sejenak apabila teman baiknya sejak kecil, Jacob Black (lakonan Taylor Lautner) berjaya mengisi kekosongan dalam hati Bella.

Keduanya bersemangat melawan para serigala jadian. Bukan sahaja melawan serigala, Jacob juga membantu mencairkan kebekuan hati Bella karena ditinggal Edward. Lebih dari itu, Jacob berhasil membawa Bella menemukan hal-hal baru yang belum pernah ditemui sebelumnya.

Tapi, apakah Bella berhasil melupakan cintanya pada Edward dengan kehadiran Jacob?

Plot yang disusun dengan kemas dan diselit muzik latar banyak membantu mood perjalanan cerita ini menjadi sungguh sentimental.

Bella yang sebaliknya merasa kesepian terpaksa dihadapkan bertemu dengan serigala jadian yang merupakan musuh pontianak, spesie kekasihnya.

Kisah percintaan Bella dan Edward tetap membara di akhir jalan cerita 'The Twilight Saga: New Moon'. Seru cinta antara kedua-dua kekasih ini amat mencengkam perasaan mereka yang berjiwa romantik.

Pencarian dan penggalian Bella tentang misteri dunia pontianak membuat Bella semakin merindu dan mendambakan kekasihnya Edward. Kisah cinta untuk filem kali ini lebih besar, lebih mendalam dan lebih meyakinkan.

Tanpa disedari Bella, kenyataan yang dihadapinya membawanya masuk jauh ke tempat yang lebih membahayakan, ke kuasa yang kuat kegelapannya. Masalah Bella lebih besar dari dulu tapi di situlah titik pertemuan Bella dan Edward sekali lagi....

Romantisnya cinta Bella dan Edward amat mengasyikkan dan akhirnya cengkaman cinta ala 'Romeo Juliet'bertaut menjadi satu.

Tapi, yang tidak enaknya, di akhir cerita perlu ada penantian kerana kisah cinta ini tidak ada titik nokhtahnya. Sambungannya semusim lagi, dalam 'Eclipse' tahun hadapan!

Artikel Lain