Nash, Sosilawati Bincang Tuntutan RM1.38 Juta Secara Baik - Hiburan | mStar

Nash, Sosilawati Bincang Tuntutan RM1.38 Juta Secara Baik

SHAH ALAM: Majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan harta sepencarian RM1.38 juta bekas isteri Nash, Datuk Sosilawati Lawiya terhadap penyanyi dan pelakon itu di Mahkamah Tinggi Syariah semalam belum menemui jalan penyelesaian.

Ini kerana kes itu perlu melalui satu lagi proses sulh pada 12 Januari depan.

(Sulh berasal daripada perkataan Arab bermaksud ‘putus pertengkaran’ atau ‘kompromi’. Secara hukum syarak bermaksud perjanjian dimeterai bagi menyelesaikan pertikaian atau pertengkaran antara pihak yang beragama Islam).

Menurut Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, kes itu mampu diselesaikan secara baik. Namun dia masih berharap supaya Nash 'boleh mengubah fikirannya'.

"Saya dah kemukakan apa yang saya nak dan dia (Nash) patut buat mengikut apa yang dibincangkan.

"Saya rasa dia boleh dibawa berbincang. Jadi, kami akan berbincang sekali lagi pada 12 Januari nanti..jadi, saya harap dia balik dulu dan fikir sebaik-baiknya agar kes ini dapat selesai secara baik," ujarnya ketika ditemui di luar pejabat pendaftaran Mahkamah Syariah di sini.

Dalam tuntutannya, Sosilawati mahu Nash kembalikan modal yang pernah dikeluarkannya untuk pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020), masing-masing berjumlah RM200,000 serta Public Mutual Berhad (RM500,000).

Nash atau Jamaludin Elias, 50, juga dituntut mengembalikan wang RM480,000 yang dikeluarkan Sosilawati untuk menyelesaikan pinjaman bank dan bayaran berkaitan ke atas rumah di Seksyen 7, Shah Alam.

Tuntutan wang dan modal lebih RM1 juta yang pernah dikeluarkan usahawan wanita itu terhadap bekas suaminya dibuat melalui firma guaman syarie, Zaidi Zain & Associates.

Sementara itu, Nash juga berkata proses 'sulh' dengan Sosilawati diharap dapat persetujuan kedua belah pihak sebaik mungkin.

"Kami akan berbincang secara baik...cuma saya ingatkan jangan cari publisiti murah. Walaupun saya selebriti, saya tak nak cerita perkara dalam kain," katanya yang kini sibuk menguruskan perniagaan.

Sosilawati, 46, plaintif dalam kes ini, turut memohon mahkamah mendapatkan perintah supaya harta yang membabitkan ASB, ASW 2020, Saham Public Mutual Berhad dan rumah terbabit sebagai harta sepencarian.

Peguam mewakili Sosilawati, Datuk Zaidi Zain, berkata menerusi tuntutan itu, Sosilawati juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah dua pertiga daripada apa-apa keuntungan, bonus dan dividen saham dan hartanah terbabit diberikan kepada Sosilawati, manakala satu pertiga diberikan kepada Nash.

Sosilawati dan Nash berkahwin pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, namun bercerai talak satu di depan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohammad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, pada 26 Mei 2009.

Sosilawati sebelum ini berjanji tidak akan menuntut nafkah edah, mutaah, nafkah tertunggak dan apa juga tuntutan yang dibenarkan di mahkamah, manakala permohonan bagi harta sepencarian akan difailkan kemudian.

Menurut draf tuntutan itu, Nash berjanji membayar semula keseluruhan wang yang dipinjamkan Sosilawati kepadanya secara ansuran, namun sehingga kini Nash gagal menjelaskan semula hutangnya kepada Sosilawati.

Selepas perceraian, Sosilawati mendakwa ada menghantar surat atau notis kepada Nash untuk memulangkan kembali jumlah wang terbabit kepadanya.

Sosilawati percaya, modal yang dikeluarkan itu menjana keuntungan kerana ia membabitkan jumlah yang besar dan pelaburan yang terjamin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa