suria

Rihanna: Semua Wanita Perlu Ambil Gambar Bogel

Rihanna beraksi pada satu konsert Times Square, New York pada 24 November 2009. -Foto REUTERS
Rihanna beraksi pada satu konsert Times Square, New York pada 24 November 2009. -Foto REUTERS
Rihanna beraksi pada satu konsert Times Square, New York pada 24 November 2009. -Foto REUTERS

RIHANNA nampaknya mempunyai 'nasihat' yang seksi untuk golongan wanita. Penyanyi itu berkata, semua wanita seharusnya mempunyai gambar bogel masing-masing

"Semua wanita perlu ambil gambar bogel. Dalam tempoh lima tahun, badan saya mungkin tidak akan kelihatan seperti ini lagi," kata Rihanna seperti yang dilaporkan di dalam sebuah laman web.

Penyanyi berusia 21 tahun itu juga mendedahkan bagaimana dirinya mempunyai keyakinan untuk berbuat demikian.

"Bila gambar bogel yang saya hantar kepada teman lelaki saya telah 'bocor' dan tersebar tahun ini, saya amat risau dan malu jika ibu saya melihatnya.

"Tetapi dia memberikan reaksi yang berbeza. Dia menghantar mesej kepada saya dengan berkata, 'kamu sudah dewasa'. Katanya, saya adalah seorang wanita sekarang dan perlu menguruskan perkara seperti orang dewasa," kata Rihanna.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain