suria

Robert Pattinson Terpaksa Pakai Gincu Berlapis-lapis Untuk Jadi Drakula

BUKAN senang nak jadi drakula. Bagi aktor Robert Pattinson, 'drakula' yang kini menjadi kegilaan ramai anak gadis, beliau terpaksa melalui 'kesakitan' untuk memilikki wajah 'drakula' idaman.

Malah, aktor kacak tinggi lampai itu tidak begitu gembira dengan transformasi yang terpaksa dilaluinya untuk kelihatan seperti watak Edward Cullen, drakula dalam 'Twilight: New Moon" yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Antara ciri-ciri khas yang ada pada Edward Cullen ialah bibir merah warna darah. Kata Robert, untuk mempunyai berbibir merah ala drakula amat menyakitkan kerana dia terpaksa dipakaikan gincu merah seperti darah, berlapis-lapis. Warnanya pula mestilah nampak semulajadi dan tidak berkilat.

"Ia tidak sesakit mencabut bulu mata seperti yang dilakukan dalam “Harry Potter and the Order of the Phoenix.” Mula-mula saya enggan kerana semua tu adalah untuk orang perempuan tapi lama kelamaan saya terpaksa beralah," kata aktor berusi 23 tahun ini.

Selain dipantis alis mata, mencabut bulu kening, pelakon yang tiba-tiba saja menjadi kegilaan ini, terpaksa dipakaikan bedak yang lebih putih agar wajahnya kelihatan sedikit pucat dan bibirnya terpaksa senantiasa dipakaikan gincu.

Robert mempunyai bibir merah yang asli. Warna asal bibirnya ialah kemerah-merahan, antara warna pulasan tetapi sedikit pucat.

“Memang saya rasa agak malu kerana terpaksa pakai gincu untuk watak itu. Sampai sekarang saya tidak tahu kenapa saya perlu lakukan semua itu. Pakai lipstick dan memakai bedak putih supaya kelihatan pucat. Bila saya lihat wajah saya di cermin, saya rasa seperti orang mati," kata pelakon yang berasal dari England ini.

Untuk makluman, bibir merah ala drakula Edward Cullen adalah paduan warna jenama Benefit Silky Finish Lipstick in Ms. Behavin. dan Noriko Cranberry Lip Balm.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain