suria

Jessica Biel Percaya Kewujudan Makhluk Asing

BINTANG filem 'Powder Blue', Jessica Biel termasuk orang yang percaya kewujudan makhluk asing. Dia berasa bingung jika sampai sekarang ini masih ada orang yang tidak percaya makhluk asing itu memang benar wujud.

"Saya benar-benar percaya adanya makhluk asing dan kehidupan di planet lain," ujar kekasih Justin Timberlake itu.

Jessica semakin percaya tentang kewujudan makhluk asing setelah membintangi filem yang berkisarkan makhluk asing, 'Planet 51'. Menurutnya filem terbarunya itu mampu membuat penonton berfikiran terbuka terhadap makhluk asing.

"Kita harus menerima perubahan kerana dengan itu kita boleh belajar dan lebih berkembang," ujarnya.

Dalam filem 'Planet 51', Jessica menggunakan suaranya untuk watak salah satu makhluk asing. Dia seronok menjadi penyumbang suara dalam filem tersebut kerana menyerlahkan sifat keanak-anakannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain