Memey, Jasmine ketepikan kontroversi dalam beraya - Hiburan | mStar

Memey, Jasmine ketepikan kontroversi dalam beraya

Jasmine dan Memey (kanan) alami nasib yang sama pada usia yang muda. -foto The Star oleh AZHAR MAHFOF
Jasmine dan Memey (kanan) alami nasib yang sama pada usia yang muda. -foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

KEDUA-DUANYA berusia 21 tahun dan masih ‘mentah’ untuk melayari industri seni tempatan namun belum apa-apa yang diraih, nama Memey Suhaiza dan Jasmine Soraya sudah ‘busuk’ dihambat oleh kontroversi.

Gosip Memey, pelakon cantik dengan aktor Norman Hakim membawa padah kepadanya apabila dia menjadi ‘mangsa’ internet apabila terdapat banyak komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.

Agak lama Memey dihentam lebih-lebih lagi dia dikaitkan sebagai penyebab Norman dan aktres Abby Abadi bercerai setelah dia disyaki berkhalwat dengan Norman pada 30 Oktober 2008.

Kini, kes khalwat Memey dan Norman masih berjalan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Walaupun kedua-duanya belum memberikan kata putus untuk berkahwin, namun masing-masing mengaku rapat antara satu sama lain.

Bagi peserta Gadis Melayu musim kedua dengan nama penuh Sharifah Jasmine Soraya Syed A Jalil Jamalullail ini pula, dia menghadapi kes jenayah siber.

Jasmine menjadi mangsa internet apabila tersebar foto yang memaparkan aksinya sedang berseronok bersama teman sambil tangan memegang botol arak serta bercumbuan dengan rakan sesama jenis.

Timbul sekejap kekecohan dalam program Gadis Melayu apabila ramai tidak bersetuju dengan penyertaan Jasmine yang menunjukkan ‘rekod buruk’ itu.

Namun segalanya kembali reda apabila Jasmine telah mengaku gambar itu dirakam pada dua tahun lalu dan meminta orang ramai memberi peluang untuk dia menebus kesalahan itu.

Biarpun kes mereka masih berlegar-legar dan akan dikenang sampai bila-bila, bagi Memey mahupun Jasmine, mereka enggan menoleh ke belakang lagi dan sebolehnya ingin meleraikan segala kekusutan yang berlaku dengan memohon kemaafan di Hari Raya mulia ini.

Walaupun pernah dihambat kontroversi, seperti biasa Hari Raya tetap disambut dengan penuh meriah bersama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.

Memey tak letak kontroversi sebagai kelainan beraya

“Raya adalah raya dan saya cuba buang dan ketepikan kontroversi kerana saya mahu menyambut Hari Raya bersama keluarga dengan penuh ceria dan raikannya sebagai umat Islam.

“Saya juga tak meletakkan kontroversi sebagai kelainan dalam beraya. Cuma bezanya kini, saya lebih dikenali ramai. Dari segi mood raya, saya tetap saya.

“Saya tak nak campur adukkan kisah kontroversi kerana kalau saya fikir mesti lain jadinya,” ujarnya yang menyambut Hari Raya di kampungnya, Kota Tinggi, Johor selama satu minggu dengan keluarga tersayang.

Memey berkata, selang seminggu selepas raya, dia dan Norman akan saling berbalas kunjungan beraya di rumah keluarga satu sama lain.

“Insya-Allah, kalau ada peluang kami akan berkunjung ke rumah famili satu sama lain. Saya akan ke rumah ibu Norman di Kuantan manakala Norman akan datang ke rumah keluarga saya,” katanya yang terlibat dengan program raya ‘Serunding Dodol’ di TV9 dan ‘Melodi Raya’ di TV3.

Jasmine puji Memey

Memey dan Jasmine pertama kali bertemu semasa gambar mereka dirakamkan. Lantas ditanya pendapat Jasmine tentang Memey, dia memuji Memey sangat cantik.

“Ini kali pertama saya jumpa dengan Memey. Saya tak kenal dia kerana saya tidak ambil tahu pasal orang lain sebab malas nak masuk campur,” ujarnya yang menyambut Hari Raya di Perlis selama seminggu.

Sama seperti Memey, Jasmine juga sedaya upaya cuba menepis kontroversi yang berlaku dalam dirinya untuk meraikan Hari Raya ini.

“Macam biasa, saya hanya beraya kerana waktu itu digunakan untuk menghabiskan masa dengan keluarga dan bermaaf-maafan. Kontroversi ditolak tepi.

“Saya hanya mengambil kontroversi yang berlaku sebagai cabaran kerana bukannya saya yang minta perkara itu berlaku,” jawabnya yang masih dikekalkan dalam Gadis Melayu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MJ mempunyai satu senarai 'musuh'

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain