suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chris Brown mahu bercinta dengan Rihanna semula

Chris Brown ketika ditemubual dalam rancangan 'Larry King Live'. Chris mengatakan dia masih mencintai Rihanna. foto-REUTERS

CHRIS Brown mengakui dia masih tidak dapat melupakan Rihanna dan mahu menjalinkan hubungan kembali.

"Setelah sekian lama kami bersama, tiba-tiba tidak dapat berjumpa dan bercakap dengannya, ia bukan sesuatu yang mudah bagi saya," kata Chris Brown ketika ditemubual dalam rancangan temubual popular Larry King.

Apabila ditanya oleh Larry adakah dia mahu bersama kembali dengan penyanyi lagu 'Disturbia' itu, Chris menjawab: "Saya masih lagi muda, dan baru berumur 20 tahun... Ya!"

Tambah Chris dia masih lagi 'sangat' mencintai Rihanna.

Sebelum ini mahkamah menjatuhkan perintah melarang Chris daripada mendekati Rihanna dalam tempoh 5 tahun dia dibawah pengawasan.

Chris mengaku bersalah menyerang dan mencederakan Rihanna pada malam sebelum anugerah Grammy diadakan di Los Angeles awal Februari tahun ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain