suria

Cara undian untuk memilih filem terbaik anugerah oskar diubah

Angelina Jolie antara selebriti yang pernah memenangi Anugerah Oskar. - foto REUTERS
Angelina Jolie antara selebriti yang pernah memenangi Anugerah Oskar. - foto REUTERS
Angelina Jolie antara selebriti yang pernah memenangi Anugerah Oskar. - foto REUTERS

PIHAK Akademi telah mengumumkan prosuder undian baru untuk memilih calon bagi kategori filem terbaik.

Mengkikut sistem baru itu, pengundi di Akademi akan memilih filem yang terbaik berdasarkan susunan filem mengikut keutamaan.

Sebelum ini pihak Akademi mengumumkan anugerah Oskar pada tahun hadapan untuk kategori filem terbaik akan ditambah jumlah pencalonan kepada 10 berbanding hanya 5 sebelum ini.

"Kalau sebelum ini undian hanya akan dibuat untuk mencari filem yang terbaik, kini undian juga akan dibuat filem yang dirasakan kedua, ketiga terbaik dan juga seterusnya.

"Kaedah baru ini akan menunjukan pemenang adalah yang paling banyak mendapat sokongan daripada 5,800 ahli akademi yang layak mengundi," kata Presiden Akademi, Tom Sherak.

Bagaimanapun kaedah pengundian untuk kategori lain tidak berubah.

Anugerah Oskar merupakan anugerah yang paling berprestij dalam industri perfileman.

Artikel Sebelum

Artikel Lain