suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Faizal, Winnie, Jac ‘1Malaysia’ di Suria FM

CELEBRITY Room@Suria FM adalah sebuah segmen yang ke udara pada setiap hari Khamis jam 7.30 hingga 8.30 pagi.

Segmen ini membawakan artis-artis tempatan dan luar untuk ditemubual oleh Bob dan Naim. Ia menjadi salah satu segmen yang penting dan istimewa untuk Breakfast@ Suria.

Bersempena bulan Ramadhan dan Hari Kemerdekaan Malaysia, Suria FM telah menjemput tiga selebriti dari tiga bangsa yang berbeza yang melambangkan ‘1Malaysia’.

Suria FM mengambil kesempatan untuk menemukan tiga bintang ini iaitu Jacklyn Victor, Winnie K dan juga Faizal Tahir sebagai tetamu undangan khas dalam segmen selebriti room di Suria FM pada esok, 3 September.

Selain ditemubual, mereka juga akan memberitahu perkembangan serta aktiviti terbaru mereka.

Ketiga-tiga artis ini turut akan menyanyikan lagu-lagu patriotik dan raya secara akustik ekslusif di Suria FM.

Pastinya dimeriahkan lagi dengan telatah penyampai Bob dan Naim yang tidak pernah membuatkan tetamunya kering gusi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain