suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gillian Anderson akan berlakon filem 'X-Files'

Gillian mengejutkan peminatnya apabila mengatakan dia gembira untuk terus melakonkan watak tersebut ketika menghadiri festival filem di Sarajevo. - foto AP

GILLIAN Anderson menafikan laporan bahawa dia tidak akan berlakon semula sebagai Agen Dana Scully dalam filem ketiga 'X-Files'.

Sebelum ini, beliau dikatakan akan menolak tawaran untuk berlakon dalam filem tersebut kerana dirinya tidak boleh lari daripada sering dikaitkan dengan wataknya dalam drama siri TV itu.

Bagaimanapun Gillian mengejutkan peminatnya apabila mengatakan dia gembira untuk terus melakonkan watak tersebut ketika menghadiri festival filem di Sarajevo.

"Sudah tentu saya akan menerima tawaran untuk berlakon dalam filem 'X-files' yang baru. Tiada sebab untuk saya menolaknya," lapor sebuah laman web yang memetik kenyataannya.

"Saya mempunyai komitmen dan sangat gembira bersama dengan semua krew filem tersebut. Saya akan berusaha sedaya upaya supaya filem tersebut berjaya dihasilkan," kata Gillian.

Menurut Gillian pengambaran filem tersebut mungkin akan selewat-lewatnya bermula pada 2012.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain