suria

Aida: Saya selesa tak berada dalam ‘limelight’ sangat...

Hubungan cinta Aida dan Joe masih utuh sejak bernikah pada tujuh tahun lalu.
Hubungan cinta Aida dan Joe masih utuh sejak bernikah pada tujuh tahun lalu.
Hubungan cinta Aida dan Joe masih utuh sejak bernikah pada tujuh tahun lalu.

JIKA tahun lepas aktres Aida Radzwill menyambut bulan puasa dengan mengerjakan umrah ke Mekah sambil menjalani pengambaran drama ‘Tetamu Allah dan ‘Kasih Nur Di Jabalrammah’ terbitan pelakon, pengarah dan penerbit Erma Fatima, tahun ini, Aida berkata dia akan menumpukan masa sepenuhnya untuk menjalani ibadat puasa di ibu kota.

“Kalau tiada pengambaran, saya akan mempunyai lebih banyak ruang untuk membuat ibadat wajib.

“Kadangkala tu, ada juga jemputan untuk menghadiri majlis berbuka puasa tetapi saya rasa mungkin sudah puas dan tak perlu lagi kerana saya lebih selesa tidak berada dalam ‘limelight’ sangat,” katanya yang sudah lebih 20 tahun berada dalam industri seni ini.

Walaupun tidak mahu diberikan publisiti dan tumpuan ramai, tidak bermakna isteri kepada pelakon dan penyanyi Joe Radzwill ini memberikan petanda yang dia sudah terfikir untuk bersara.

“Saya tak boleh cakap sama ada saya akan bersara tetapi saya tak boleh elak jika perkara ini akan berlaku suatu hari nanti.

“Saya menganggap lakonan sebagai pekerjaan kerana kadangkala dalam hidup ini kita kena produktif dan tidak boleh terlalu duduk diam,” ujar Aida atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad ini.

Sudah setahun bertudung

Melihat imej bertudung Aida, diam tidak diam,sudah setahun dia mengenakan tudung selepas terbuka hati untuk berbuat demikian pada bulan Rejab tahun lalu.

“Saya bertudung dan menutup aurat kerana Allah. Dari situ, kita akan rasa keberkatan hidup tetapi Allah akan sentiasa menguji keimanan kita.

“Kalau kita buat kerana Allah, insya-Allah (iman) kita akan kuat dan (apa yang dilakukan) berpanjangan, bukannya kerana sesuatu,” tutur Aida yang turut mendapat ujian ketika mula-mula bertudung dahulu.

Ceritanya, “Mula-mula dulu, saya menerima ujian untuk berlakon dan saya tolak apabila watak yang memerlukan saya membuka tudung.

“Alhamdulillah, selepas saya berjaya melalui beberapa cabaran itu, Allah tambahkan lagi rezeki untuk saya pelbagaikan lagi karier seni ini.

“Saya hanya berniat untuk membuktikan yang wanita bertudung boleh berlakon apa-apa watak,” ujarnya.

Bercerita mengenai kariernya sekarang, Aida berkata, dia baru sahaja selesai pengambaran enam buah drama dan sebuah telefilem untuk tayangan hari raya.

“Saya baru selesai menjalani pengambaran drama Kasih Tercipta arahan Rashid Sibir. Dalam drama itu, saya memegang watak seorang ibu dan ahli korporat.

“Selain itu, saya juga berlakon dalam drama 40 episod Sanggar Cinta Raudhah sebagai wanita yang bercinta dengan lelaki muda dan akhirnya kami berkahwin juga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aida juga menceritakan tentang kehidupannya dengan Joe.

“Setelah tujuh tahun berumah tangga, kami juga mengalami ‘turun naik’ seperti orang biasa yang lain.

“Bila berlaku masalah, pandai-pandailah kami mengatasinya kerana kami masih berpegang kuat kepada kasih-sayang antara satu sama lain,” luahnya yang baru sahaja mengesahkan perkahwinan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 12 Ogos lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain