suria

'Dollhouse' singkap kisah hidup patung di 8TV

Dollhouse merupakan sebuah drama bersiri sains fiksyen hasil ciptaan Joss Whedon.
Dollhouse merupakan sebuah drama bersiri sains fiksyen hasil ciptaan Joss Whedon.
Dollhouse merupakan sebuah drama bersiri sains fiksyen hasil ciptaan Joss Whedon.

DRAMA bersiri terbaru dari Amerika yang pastinya menangkap perhatian anda dengan jalan cerita yang cukup menarik akhirnya tiba!

'Dollhouse' sebuah drama bersiri dari Amerika yang telah disiarkan sejak Februari lalu dan akhirnya akan disiarkan di Malaysia secara eksklusif di saluran hip 8TV!

Bermula 24 Ogos 2009 ini, Dollhouse yang dibintangi pelakon popular Eliza Dushku oleh akan menemui penonton buat julung-julung kalinya di Malaysia.

Drama ini akan menemui penonton setiap Isnin jam 9.30 malam eksklusif di 8TV.

Dollhouse merupakan sebuah drama bersiri sains fiksyen hasil ciptaan Joss Whedon.

Drama ini berkisarkan tentang sebuah kumpulan yang dikenali dengan “Dolls” dan “Actives” di mana memori mereka telah dipadamkan dan otak mereka kemudiannya diisi dengan beberapa persona baru termasuk ingatan semantik, kemahiran dan pelbagai bahasa tertakluk dengan tugasan yang diberikan.

“Dolls” sentiasa diawasi oleh seorang jurulatih dan pemikiran mereka akan sentiasa dipadamkan setelah setiap tugasan yang dilakukan selesai.

Kesemua mereka disimpan di sebuah makmal futuristik yang dipanggil “The Dollhouse”. Kesemua mereka hanya akan diaktifkan sekiranya mereka diberi tugasan baru.

“Drama ini semestinya dinanti-nantikan oleh penonton. Drama ini mempunyai jalan cerita tersendiri dan pastinya membuat anda melekat di kaca TV masing-masing! Jangan ketinggalan!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Dollhouse mengikuti kisah perjalanan hidup Echo yang dilakonkan oleh Eliza Dushku yang kemudiannya mengetahui apa yang berlaku di sekeliling beliau. Siri ini akan membongkar kebenaran tentang “Dolls” dan tujuan sebenar mereka.

Selain Echo, drama ini juga menyingkap kisah dan perjalanan hidup dua lagi “Dolls” iaitu Sierra dan Victor yang dilakonkan oleh Dichen Lachman dan Enver Gjokaj yang juga merupakan teman baik Echo.

Jangan lupa menyaksikan drama bersiri terbaru Dollhouse yang akan mula disiarkan 24 Ogos 2009, setiap Isnin jam 9.30 malam hanya di saluran hip 8TV.

Siri yang penuh dengan plot yang menarik dan kejutan, pastinya akan membuat anda terpaku setiap minggu.

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro anda.

Kini anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda melalui telefon bimbit anda dengan melayari mobile.8tv.com.my.

Artikel Lain