Burn Notice musim kedua lebih mendebarkan hanya di 8TV! - Hiburan | mStar

Burn Notice musim kedua lebih mendebarkan hanya di 8TV!

RANCANGAN paling popular di Amerika Burn Notice kini kembali menemui anda dengan musim terbaru yang pastinya lebih menghiburkan! Burn Notice mula bersiaran pada 20 Julai 2009 lalu, setiap Isnin jam 10.30 malam hanya di saluran hip 8TV!

Burn Notice merupakan sebuah drama yang penuh dengan elemen aksi hasil ciptaan dan terbitan Matt Nix.

Drama ini merupakan sebuah drama terbitan Fox Television Studios dan Fuse Entertainment dan telah diedarkan Twentieth Century Fox Television Distribution.

“Drama kegemaran ramai Burn Notice kini kembali! Penuh dengan drama dan aksi, peminat drama ini pasti tidak sabar-sabar untuk menonton musim ke-2 drama yang cukup hebat ini!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Musim ke-2 ini menyaksikan Michael terpaksa berhadapan dengan sebuah misi bahaya yang akan membawa beliau menemui orang-orang yang terlibat untuk menjatuhkannya.

Tanpa wang, beliau terus berusaha membantu mereka yang kurang bernasib baik dan cuba mendapatkan kehidupan beliau kembali dengan bantuan Fiona.

Menerusi episod terakhir pada musim pertama, Michael mula belajar tentang kehidupan lepas Victor dan terpaksa bertarung dengan Carla.

Michael dan Victor telah berjaya menyelamatkan beberapa fail untuk mengugut Carla dan mereka bercadang untuk menaiki dan bersembunyi di dalam sebuah bot milik Victor supaya tidak dapat dikesan oleh mana-mana pihak.

Sam dan Fiona muncul pada masa yang tepat. Namun semuanya tidak berakhir di situ kerana Michael terpaksa berdepan dengan pihak pengurusan di dalam sebuah helikopter.

Mereka kelihatan cukup marah kerana banyak operasi mereka gagal semenjak kehadiran Michael.

Pergaduhan tercetus di antara Michael dan pihak pengurusannya dan beliau cuba untuk terjun keluar dari helikopter itu.

Pihak pengurusannya memberi kata dua kepada Michael di mana beliau tidak akan dijaga dan dilindungi oleh pihak pengurusan dari musuh-musuhnya sekiranya beliau nekad melompat keluar dan melarikan diri.

Apakah yang bakal terjadi kepada Michael? Untuk mengetahui kisah seterusnya, jangan lupa untuk menonton Burn Notice (Musim kedua) setiap hari Isnin jam 10.30 malam hanya di 8TV!

Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 Astro anda!

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Tarikh Siaran: 20 Julai 2009

Tarikh / Masa: Setiap Isnin, 10.30pm

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?