IBU kepada tiga orang anak, Model German, Heidi Klum, 36, berkata dia tidak merancang untuk menambah jumlah keluarga selepas bakal anak ke-empatnya dilahirkan hujung tahun ini.
Menurut Heidi dan suaminya, Seal, mereka tidak bercadang untuk menambah zuriat lagi selepas ini kerana sudah mempunyai keluarga yang sempurna.
"Tiga pun sudah ramai, empat? memang banyak lah 'kerja' selepas ini," kata Heidi.
Menurut pengaraca program 'Project Runway' itu, gaya hidup glamor beliau terpaksa diketepikan sejak bergelar ibu kerana dia terpaksa menumpakan perhatian kepada keluarganya.


