suria

Mariah Carey tarik diri dari anugerah Grammy

Penyanyi Mariah Carey muncul dalam program persembahan "106 & Park" di New York, pada 23 Julai 2009. -foto AP
Penyanyi Mariah Carey muncul dalam program persembahan
Penyanyi Mariah Carey muncul dalam program persembahan "106 & Park" di New York, pada 23 Julai 2009. -foto AP

PENYANYI R&B Mariah Carey menarik diri daripada dicalonkan dalam Anugerah Grammy 2010 selepas dia menunda tarikh pelancaran album barunya sehari sebelum pencalonan untuk anugerah itu ditutup.

Mariah, 39, akan melancarkan album barunya 'Memoirs of an Imperfect Angel' pada 29 September.

Penanyi terkenal itu hanya memenangi 5 anugerah daripada 21 pencalonan sejak dari tahun 1991 dan tindakanya menarik diri daripada anugerah itu dikaitkan dengan perasaan kecewa serta ingin membalas dendam.

"Mariah merasa kecewa beberapa kali sebelum ini dan tindakan terbarunya itu menunjukan dia tidak kisah dengan tidak tercalon dalam anugerah tersebut.

"Dia tidak perlukan anugerah tersebut, Mariah sudah cukup berjaya dalam kariernya," lapor sebuah akhbar yang memetik kenyataan sumber.

Anugerah Grammy yang ke-52 dijadualkan akan ditayangkan secara langsung dari Staples Center di Los Angeles pada 31 Januari 2010.

Artikel Lain