suria

Madonna minta peminat nyanyikan lagu 'Selamat Hari Jadi' untuk anaknya

Penyanyi pop Amerika Syarikat Madonna membuat persembahan semasa konsert 'Sticky and Sweet Tour' di stadium Ullevi di Gothenburg, Sweden pada 8 Ogos 2009. -foto REUTERS

DIVA pop Madonna membuat kejutan kepada anaknya Rocco yang menyambut hari jadi kesembilan Selasa lalu.

Dia telah menggesa para peminatnya kira-kira 50,000 di Stadium Parken, Denmark untuk menyanyikan lagu 'Selamat Hari Jadi' kepada Rocco.

Menurut laporan media, Madonna yang juga penyanyi 'The Music' itu sedang membuat lawatan kunjungan global 'Sticky & Sweet' ketika membuat tindakan 'luar biasa' itu.

Madonna menjerit: "Selamat Hari Jadi kepada anak saya Rocco, yang sedang menyaksikan persembahan sekarang.

"Saya hanya ingin berkata: "Saya sangat menyayangi kamu. Kamu ialah anak nombor satu di dunia dan mungkin setiap orang ingin menyanyi 'Selamat Hari Jadi' kepada kamu".

Artikel Lain