suria

Madonna teruskan konsert walaupun dua krew terbunuh

Madonna menyanyikan lagu 'Sticky and Sweet' semasa persembahan konsertnya di Barcelona, Sepanyol pada 21 Julai 2009. -foto AP

MADONNA kembali membuat konsert kelmarin, kurang seminggu selepas pentas untuk persembahannya di Perancis runtuh dan mengorbankan dua nyawa.

Bintang Pop berusia 50 tahun itu membatalkan persembahanya di Marseille yang dijadualkan pada Ahad lepas berikutan tragedi yang menimpa krew-krewnya itu.

Madonna sempat melawat mereka yang terselamat dan isteri kepada kedua-dua lelaki yang terbunuh itu.

Bagaimanapun, kelmarin Madonna meneruskan persembahannya yang memukau peminat di Stadium Lluis Companys Barcelona, Sepanyol.

Penyanyi terkenal itu sedang dalam siri jelajah dunianya.

Khamis lepas, seorang juruteknik dari Britain, Charles Prow, 23, dan Charles Criscenzo, 53, dari Perancis terbunuh ketika bumbung di atas pentas Madonna sepatutnya membuat persembahan runtuh.

Artikel Lain