suria

MJ akan dikebumikan bersama sarung tangan kristal Swarovski

Michael Jackson akan dikebumikan dengan memakai sarung tangan kesukaannya ini. - foto AFP
Michael Jackson akan dikebumikan dengan memakai sarung tangan kesukaannya ini. - foto AFP
Michael Jackson akan dikebumikan dengan memakai sarung tangan kesukaannya ini. - foto AFP

MICHAEL Jackson akan dikebumikan dengan memakai satu-satunya sarung tangan kesukaannya.

Menurut Dorothy Gaspar, pemilik syarikat sarung tangan Gaspar di Los Angeles yang telah menyiapkan rekaan sarung tangan untuk jelajah "This Is It" memberitahu, La Toya Jackson mahu Michael memakai sarung tangan ketika di dalam keranda.

La Toya telah memilih sarung tangan kulit bewarna putih yang telah dibuat khas oleh Dorothy untuk Michael pada 10-12 tahun lepas. Sarung tangan itu juga disaluti dengan kristal Swarovski.

Dorothy juga memberitahu, dia telah dimaklumkan perkara ini oleh pereka fesyen Michael, Michael Bush yang datang ke kedainya untuk mengambil 20 sarung tangan hijau yang telah dibuat khas untuk penari-penari Michael.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain