suria

Kes cabul kanak-kanak: Jackson upah firma untuk nilai persepsi orang ramai

MICHAEL Jackson pernah mengupah dua firma 'tinjauan' untuk menilai tanggapan awam terhadapnya ketika dia menghadapi tuduhan mencabul kanak-kanak pada awal 2000.

Syarikat-syarikat tersebut: The Polling Company dan Dezenhall Resource akan membantu penyanyi tersohor itu meninjau bagaimana persepsi orang awam terhadapnya.

Jackson telah mendapatkan perkhidmatan syarikat-syarikat tersebut beberapa bulan sebelum tuduhan dia mencabul kanak-kanak didedahkan kepada orang awam.

Jackson ingin bersedia menghadapi pertanyaan dan 'serangan' media.

"Objektif 'pengurusan krisis' itu adalah pembebasan menerusi kesangsian yang berpatutan, dan ia berjaya mencapai matlamatnya. Mengembalikan imej ikon tiada langsung dalam perancangan awal," sumber memetik pengasas bersama The Polling Company, Eric Dezenhall sebagai berkata.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif The Polling Company, Kellyanne Conway berkata hasil tinjauan mendapati tuduhan Jackson mencabul kanak-kanak tidak mencemarkan imejnya dengan teruk sekali di khalayak ramai.

Ini kerana, katanya, Jackson telah mencapai status selebriti nasional seawal usia lima tahun.

Artikel Lain