PETALING JAYA: Sistem Televisyen Malaysia Berhad, (TV3), stesen swasta no. 1 Malaysia di bawah Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd. akan menghentikan sementara siaran 24 jamnya mulai 1 Julai 2009.Penghentian ini berikutan perlaksanaan tugas-tugas penyelenggaraan dan menaiktaraf sistem yang dijalankan oleh stesen berkenaan. Penghentian awal waktu siaran akan berkuatkuasa setiap hari sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak. Berikut adalah jadual siaran TV3 mulai 1 Julai 2009:Isnin-Jumaat & Ahad (6.30pagi–1.30pagi) Ahad (6.30pagi – 2.30pagi)Langkah penghentian awal siaran ini perlu bagi membenarkan siri ujian dijalankan untuk memastikan peningkatan terhadap sistem penyiaran yang ada sekarang.