suria

Brosnan selamatkan Thurman daripada dirempuh van mini

Pierce Brosnan
Pierce Brosnan
Pierce Brosnan

PELAKON Hollywood, Pierce Brosnan menyelamatkan aktres Uma Thurman daripada dirempuh van mini yang tidak terkendali.

Aktor Irish mendapati kenderaan yang tidak terkawal itu meluncur turun dari bukit menghala ke arah Thurman ketika membuat set penggambaran filem baru "Percy Jackson", menurut laporan media.

"Tiada ada sesiapa berada dalam van itu ketika ia merempuh kawasan berumput di mana Uma sedang berehat dengan barisan pelakon dan kru. Pierce menjerit,'Beredar dari situ'," menurut sumber.

"Dia berlari ke van tersebut, membuka pintu sebelah pemandu, melompat ke dalam van itu dan menekan brek," tambah sumber itu.

Sebelum aktor itu berjaya menghentikan kenderaan tersebut, ia telah melanggar susur jalan lalu melanggar tong sampah. Pelakon dan kru pula lari lintang pukang menyelamatkan diri.

Artikel Sebelum

Artikel Lain