suria

Astro perkenal tiga saluran baru

PENYIAR media utama Malaysia, Astro terus menawarkan lebih banyak pilihan kepada para pelanggan dengan memperkenalkan tiga saluran baru di bawah pek Mustika.

Tiga saluran baru tersebut ialah ASTRO CITRA (Saluran 131), ASTRO WARNA (Saluran 132) dan B4U (Saluran 133) yang menawarkan hiburan lengkap kepada para keluarga di Malaysia pada harga berpatutan, iaitu RM12.95 sebulan.

“Dalam jangka masa Astro melalui perubahan dan mempertingkatkan nilai kedudukannya, Astro berazam untuk terus komited dalam menawarkan siaran genre tempatan dan antarabangsa yang terbaik seperti sukan di bawah payung Stadium Astro, pembelajaran sepanjang hayat di bawah payung Kampus Astro, filem Hollywood dan Bollywood terbaik, drama-drama TVB Hong Kong, filem dan komedi Malaysia terbaik serta program kanak-kanak antarabangsa," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Rohana Rozhan.

Pelawak Afdlin Shauki, aktres Lisa Surihani, aktor Farid Kamil dan VJ, Kushboo Grewal dari dunia Bollywood Cine turut hadir untuk menyerikan majlis pelancaran Mustika.

Dalam keadaan ekonomi semasa, pelancaran Mustika dianggap tepat pada waktunya kerana ketiga-tiga saluran ini dapat membawa keriangan kepada seluruh ahli keluarga di Malaysia. Mereka boleh ketawa dan melupakan kerisauan dengan komedi yang ditawarkan di saluran ASTRO WARNA, sebagai saluran komedi tempatan 24-jam yang pertama dan pusat kepada pelawak tempatan seperti Afdlin, Apek, Nabil dan Harith.

WARNA akan membawakan program komedi kegemaran Melayu sepanjang zaman, sitcom terbitan tempatan yang baru, drama komedi, sketsa dan persembahan komedi solo.

ASTRO CITRA pula merupakan saluran HBO versi Malaysia. Ia akan menghiburkan pelanggan dengan filem blockbuster tempatan dan Asia, filem perdana Melayu, siri epik Melayu dan filem kegemaran Melayu sepanjang zaman.

Siri epik Melayu besar iaitu, Suatu Ketika juga akan ditayangkan di CITRA tidak lama lagi untuk mempertingkatkan lagi kedudukan saluran tersebut.

Peminat filem Hindi akan terhibur dengan filem Bollywood box-office terbaru dan video muzik di saluran Bollywood For You (B4U).

Saluran ini juga akan menayangkan sehingga lima filem sehari termasuklah filem “Top 10” Bollywood selain daripada temu ramah selebriti, video muzik dan lain-lain rancangan menarik. Selaras dengan komitmen Astro untuk memenuhi kehendak tempatan, semua filem di saluran B4U akan mempunyai sari kata Bahasa Malaysia untuk menarik lebih ramai lagi penonton.

Mustika sedia untuk dilanggan mulai 1hb Jun 2009 dan untuk melanggan, pelanggan boleh :

Untuk maklumat lanjut mengenai pek Mustika, pelanggan boleh menonton saluran 130 untuk previu Astro Warna, Astro Citra dan BFU sehingga akhir bulan Ogos.

Artikel Sebelum

Simon Cowell Mr Nasty?

Artikel Berikut

Artikel Lain