suria

Aktres Spiderman 3 bunuh diri di Paris

AKTRES British, Lucy Gordon yang memegang watak wartawan Jennifer Dugan dalam filem `Spiderman 3' telah membunuh diri di apartmennya di Paris.

Menurut laporan media, Gordon membunuh diri pada Rabu lalu - dua hari sebelum hari jadinya yang ke-29. Tiada maklumat tambahan disediakan.

Sejak muncul buat pertama kalinya dalam filem `Perfume' pada 2001, Gordon telah muncul dalam beberapa filem, termasuk "The Russian Dolls", "Brief Interviews with Hideous Men" dan "Spiderman 3".

Dia baru habis membuat filem mengenai bekas penyanyi dari Perancis, Serge Gainsbourg dan berlakon sebagai bekas teman Gainsbourg, Jane Birkin.

Filem itu bakal ditayangkan tahun depan.

Artikel Sebelum

Simon Cowell Mr Nasty?

Artikel Berikut

Artikel Lain