suria

Winehouse kepingin teh dan kicap

Amy Winehouse mengidam-idamkan teh dan kicap ketika berada di luar rumah.
Amy Winehouse mengidam-idamkan teh dan kicap ketika berada di luar rumah.
Amy Winehouse mengidam-idamkan teh dan kicap ketika berada di luar rumah.

BINTANG popular, Amy Winehouse nampaknya cuba `berlagak serius' ketika membuat persembahan jazz atau pop muzik di Caribbean.

Penyanyi berusia 25 tahun itu dikatakan meminta beg teh dan sebotol kicap ketika dia bersedia membuat persembahan pada Festival Jaz St Lucia pada bulan depan.

"Amy merindui keselesaan rumahnya semasa berada di luar," kata seorang kawan Winehouse.

"Apabila mereka (pihak penganjur) berkata dia boleh mendapatkan apa-apa sahaja, dia menuntut dua barang tersebut," tambahnya.

Bagaimanapun, pihak penganjur menghadapi kesukaran untuk membeli teh Yorkshire dan sos HP di St Lucia.

"Masalahnya ialah mendapatkan barangan itu di pulau itu. Ini menyebabkan pihak penganjur sakit kepala," ujar seorang kawan.

"Teh Yorkshire bukan merupakan minuman paling popular di situ, jadi mereka perlu berbelanja besar untuk menghantarkan teh itu ke sana," tambahnya.

Sumber memberitahu: "Amy telah berkelakuan baik sejak tahun lalu dan berada dalam keadaan terbaik buat masa ini.

"Dia masih gemar berparti tetapi, mujulah tingkah laku paling buruknya adalah meneguk tequila," sumber itu menambah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain