"TIDAK masuk akal langsung," tegas Salma Hayek yang menafikan laporan media bahawa dia sanggup merancang perkahwinan keduanya bernilai $2 juta.
Aktres yang jelita itu telah mengahwini peniaga dari Perancis, Francois-Henri Pinault secara `senyap-senyap' di City Hall di Paris pada hari Valentine lalu.
Hayek menegaskan, dia tidak mempunyai perancangan sedemikian pada pengakhiran bulan ini.
"Saya percaya perkahwinan itu berkisar kepada perasaan cinta, kawan-kawan, keluarga dan keseronokan.
"Saya berasa membelanjakan berjuta-juta dolar semata-mata untuk perkahwinan adalah tidak masuk akal langsung. Saya tidak pernah mengimpikan perkahwinan mewah itu. Saya tidak akan berbuat demikian," tegasnya.


