suria

Jurumekap, penggaya saman Queen Latifah

Queen Latifah didakwa gagal menjelaskan bayaran sebanyak satu juta dolar kepada penggaya dan jurumekapnya

AKTRES Hollywood Queen Latifah telah disaman oleh jurumekap dan penggayanya kerana gagal membuat pembayaran kepada mereka.

Latifah didakwa berhutang dengan mereka sebanyak satu juta dolar.

Jurumekapnya, Floyd mendakwa Latifah tidak menjelaskan bayaran sebanyak 700,000 dolar sejak Julai 2005 hingga Februari 2008, manakala penggayanya Susan Moses mendakwa aktres tersebut gagal membayar 300,000 dolar pada tempoh yang sama.

Namun, wakil Latifah, Amanda Silverman menegaskan tuntutan mahkamah itu tidak mempunyai merit. Dia juga enggan mengulas lanjut tentang hal itu.

Artikel Sebelum

Yatt seronok jadi isteri

Artikel Berikut

Artikel Lain